“Tak bolehlah harap saya buat kerja ‘supervisor'”- Akmal basuh Exco Kedah lambat buat kerja

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meluahkan rasa tidak puas hati selepas melawat perkembangan tapak loji rawatan air (LRA) Bukit Selambau di Kedah.

Kali terakhir lawatannya ke tapak itu sekitar lima bulan yang lalu.

Beliau bagaimanapun tidak berpuas hati dengan perkembangan projek terbabit kerana difahamkan pam untuk loji rawatan air masih belum lagi ditempah.

Ia memerlukan lebih kurang enam bulan lagi untuk penghantaran pam tersebut, seperti yang diberitahu CEO SPAN dalam lawatan itu.

Ekoran itu juga, Exco Bekalan Air Kedah yang ikut turun padang melawat projek tersebut ‘ditegur’ depan-depan kerana kelewatan projek yang sepatutnya siap hujung Jun ini.

Teguran turut dibuat kepada pasukan kontraktor yang bertanggungjawab menggerakkan projek tersebut.

“Kita sampai terpaksa bagi homework untuk masing-masing mainkan peranan percepatkan LRA Bukit Selambau. 

“Tak bolehlah nak harapkan kat bahu saya saja buat kerja site supervisor. 

“Lebih lambat progress projek ini, lebih meruncing bekalan air bersih di Kedah!,” ciap Akmal di X.

Dalam video berasingan yang dikongsi di TikTok miliknya, Akmal memberi amaran agar tidak membuatnya turun ke padang setiap bulan.

Melihat kepada kelewatan kerja-kerja LRA Bukit Selambau, Akmal menjangkakan ia tidak mampu siap sehingga penghujung tahun ini.

Beliau pada masa sama menegaskan, kehadirannya bukan untuk mencari salah sesiapa tetapi untuk memastikan perjalanan projek bergerak mengikut masa yang dijadualkan 

“YB punya kerja yang saya nak minta dekat YB ialah, pastikan pam itu mereka dah order. Mechanical & Electrical Services (M&E) pun pastikan mereka buat. Mereka tak buat, saya cari YB,” katanya kepada Exco tersebut.

BACA JUGA ADUN Pas ‘berani mati’, buat 5 fitnah dalam 3 minit berceramah

Â