Selepas dikecam, peniaga durian tak pakai baju akhirnya buat penjelasan

Sekumpulan lelaki yang tular kerana video “panas” tidak berbaju ketika menjual durian, tampil menjawab kemarahan orang ramai terhadap cara mereka mempromosi gerai durian Papa Muda.

Dalam satu klip video yang dimuat naik, salah seorang penjual menyangkal dakwaan orang ramai bahawa mereka tidak berbaju.

Lelaki itu berkata mereka berniaga seperti biasa dan tidak pernah berbogel.

Dia juga menjelaskan isu video viral promosi durian dari gerainya beberapa hari lalu adalah salah faham dan hanya permainan media semata-mata.

“Kami di sini pakai sahaja baju, berniaga seperti biasa. Ini mainan media sebenarnya, kami pakai baju tak ada masalah pun.

“Jualan buat masa ini pun berjalan seperti biasa, tiada pelanggan yang datang marah-marah kami, sebab mereka tahu kami pakai baju.

“Cumanya benda ni jadi besar selepas tersebarnya ke medium-medium seperti TikTok, Instagram dan page-page besar mula sebarkan hantaran itu dengan kapsyen yang boleh menaikkan kemarahan orang ramai,” katanya.

Sebelum ini tular video di TikTok Durian Papa Muda, terdapat pekerja gerai tersebut yang ditugaskan antaranya mengangkat bakul buah selain mengopek durian sambil tidak memakai baju.

Difahamkan, mereka mampu meraih pendapatan sekitar RM10,000 sehingga RM15,000 sehari kerana publisiti sedemikian.

BACA JUGA Anwar “sauk” stoking kaki Kak Wan buat ramai terhibur