SRG harumkan nama negara, Ahmad Zahid ikrar bangun industri sukan digital

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berikrar akan memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital di negara ini susulan kejayaan Selangor Red Giants (SRG) malam tadi.

Beliau berkata, dedikasi dan komitmen yang dionjolkan di kejohanan itu akan menjadi pemangkin kepada perkembangan industri e-sukan negara seterusnya melahirkan lebih ramai atlet profesional yang berdaya saing dan berkemahiran.

“Tahniah dan syabas SRG. Anda telah berjaya mengharumkan nama negara! Usaha gigih anda membawa pulang hadiah tunai RM4.7 juta adalah kejayaan yang amat membanggakan.

“Sebagai Pengerusi Pembangunan Belia dan Sukan, saya akan memberikan komitmen penuh dalam membangunkan industri sukan digital ini.

“Semoga kejayaan SRG ini akan menjadi pencetus kepada lebih kejayaan di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan menerusi Facebook hari ini.

SRG berjaya menamatkan kemarau tujuh tahun Malaysia untuk menjuarai aksi antarabangsa e-sukan selepas menumbangkan Filipina Falcons AP Bren Sport.

Pada perlawanan akhir itu, pemain jungler SRG Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul, lebih dikenali sebagai Sekyss, dinobat pemain paling bernilai MSC MLBB 2024.

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah USD1 juta atau bersamaan RM4,669,303.78.

BACA JUGA FOTO BERITA | Selangor Red Giants cipta sejarah juara MSC E-Sports World Cup 2024, menang 1 juta USD (RM4,669,303)

Â