BUDI Individu RM200 bakal disalurkan, ini tarikh terbaru dari MOF
Pemohon BUDI Individu yang membuat permohonan sebelum atau sehingga 30 Jun 2024, bakal menerima bayaran pertama mereka sebanyak RM200 bermula 17 Julai ini (Rabu).
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, untuk tempoh tersebut, seramai 120,000 pemilik kenderaan diesel telah diluluskan bantuan melibatkan peruntukan kerajaan berjumlah hampir RM25 juta.
Menurutnya, kerajaan telah menyalurkan peruntukan bantuan hampir RM50 juta di bawah BUDI Individu untuk 2 bulan pertama pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.
“Penerima sedia ada ini telah disemak silang dengan data terkini oleh agensi kerajaan melalui Lesen Kenderaan Motor dan cukai jalan yang kekal aktif dan menepati syarat kelayakan BUDI Individu.
“Bagi mereka yang baru memohon dan diluluskan dalam bulan Julai 2024, bayaran sebanyak RM200 akan dibuat mulai 7 Ogos 2024,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.
Sementara itu kata Hui Ying, kerajaan komited untuk memastikan mereka yang layak untuk BUDI Individu menerima manfaat bantuan ini dengan kadar segera supaya pelaksanaannya berkesan untuk menampung impak kos sara hidup kepada semua lapisan masyarakat.
BACA JUGA Kg Sg Baru: Johari! Dahulu kamu yang minta jangan tanda tangan, sekarang mereka terkontang kanting
Â