Mogok lapar bukan caranya
Oleh NORMAN RADZUAN
Seorang lelaki India, M Mythreyar ‘mogok lapar’ kononnya berang dengan pembelian saham Blackrock. Kesian lelaki ini kerana dia tidak memahami isu Blackrock yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir dahulu.
Saya tidak mahu ulas di sini sebab sudah terlalu banyak maklumat kita telah baca. Malah, kenyataan PMX dan Menteri Kewangan II telah memperincikan sebab-sebab penjualan saham itu.
Saya yakin jika M Mythreyar bertemu pemimpin kerajaan untuk mendapatkan fakta sebenar, dia akan faham bahawa dirinya telah dikelirukan oleh pihak pembangkang.
Saya ke Dataran Merdeka bertemu dengannya. Saya lihat ada wanita Melayu turut bermalam di situ untuk beri sokongan. Saya tanya dari mana, jawabnya dari Ampang.
Kemudian saya bertanya kepada M Myhthreyar sampai bila mogok lapar ini mahu dilakukan.
Dia kata hingga Khamis ini. Saya rasa Khamis ini dia akan digunakan pembangkang, barangkali mungkin dibawa ke Parlimen.
Telah banyak pesanan dari netizen untuk tidak menggalakkan mogok lapar dilakukan. Walaupun lelaki itu bukan beragama Islam tetapi kita sebagai orang Islam kena jelaskan apa dilakukannya tidak betul.
Islam ada caranya dan kepada bukan Islam jika ingin menyokong pejuangan Palestin ada caranya.
Tapi umat Islam pula menggalakkan perkara tersebut. Jika berlaku apa-apa kepada laki India ini, bagaimana?
Malah, ada wanita Islam datang seorang diri juga bukan muhrim turut bermalam di situ. Ini sudah tidak betul dari hukum agama. Jangan melampau dalam melakukan sesuatu.
Dalam Islam, matlamat tidak menghalalkan cara (the ends do not justify the means). Apa sekalipun hasrat baik tidak boleh dihalalkan dengan cara yang tidak diterima oleh syariat.
Mogok lapar adalah satu penyeksaan diri sendiri yang mempunyai ‘nilai ketidakcerdikan’ yang amat sangat menurut Dr Asri ketika mengulas ada ADUN Perak ingin adakan mogok lapar.
“Memang, pada zaman Nabi ia pernah dibuat oleh ibu bapa kuffar Quraisy bagi membantah anak-anak mereka menganut Islam. Namun, itu adalah kebodohan kaum Quraisy….”.
Jika agama kita melarang jangan pula kita menyokong atau memberi semangat kepada mereka yang bukan Islam lakukan perkara yang memudaratkan diri. Kita didik mereka perkara yang betul patut dilakukan.
Apapun, nasib baiklah mogok ini tidak mendapat sambutan walaupun diadakan di Dataran Merdeka. Jika tidak mungkin lama lagi mogok ini diteruskan.
BACA JUGA Peruntukan nak tapi gambar PM Anwar digantung jauh seberang pintu