Jangan pula orang Bersatu anggap prof, peguam tersohor ini tidak hadam Perlembagaan
Oleh LIYANA MARZUKI
Minggu lepas, pandangan saya mengenai enam Ahli Parlimen Bersatu tidak perlu mengosongkan kerusi tular di Tiktok dan Youtube. Ada yang sokong dan hargai tetapi banyak juga yang panas hati.
Ada yang mencarut dan maki-maki terutama golongan politai*. Mereka yang taksub parti.
Pandangan saya mudah. Punya teruknya pindaan yang dibuat, banyak percanggahan dan lompong undang-undang membuatkan winners take all. Speaker boleh buat keputusan sendiri.
Saya juga katakan, apa yang dibuat oleh parti Bersatu, ialah pemecatan konstruktif. Ia merupakan pengecualian bawah Perlembagaan. Makanya tiada keperluan 6 MP untuk kosongkan kerusi.
Bangkitlah orang Bersatu mengatakan saya bodoh dan tak hadam Perlembagaan.
Hari ini tup tup, keluar suatu pandangan dari pakar Perlembagaan negara, Prof Dr Shad Saleem Faruqi, sama apa yang saya perkatakan. Peguam kanan Haniff Khatri pun berpandangan yang sama.
Apa yang dibuat oleh Speaker itu selari dengan Perlembagaan. Tiada keperluan kosongkan kerusi kerana ia suatu pemecatan konstruktif.
Saya harap, tiada orang Bersatu kata Prof dan Peguam tersohor ni bodoh pula sebab tak kena naratif mereka.
Itu sebab kalau nak menilai isu, bertanyalah pada pakar dan yang tahu. Bukan nilaian dari parti politik semata-mata.
Juga pandangan ahli politik Kerajaan yang tentang Kerajaan sebab nak up nama sendiri. Banyak muncul kebelakangan ini, termasuk dalam parti PM sendiri.
Untuk rekod, saya bukanlah pakar Perlembagaan, tetapi kalau tuan puan tanya kebanyakan peguam non partisan, mereka akan bagi pandangan yang sama dengan Prof Shad dan Haniff Khatri kerana kita pandang dari lensa undang-undang bukan parti.
Prof Shad Saleem Faruqi merupakan Profesor Undang-undang Perlembagaan saya dulu. Alhamdullillah saya masih ingat apa yang diajari.
Mana juak-juak yang kata saya bodoh hari tu? Saya harapkan makian memakan diri.
BACA JUGA Calon BN DUN Nenggiri ada kelebihan tersendiri
Â