Ramai teruja lihat koleksi kenderaan ‘zuhud’ pemimpin PN ini

Tular sejumlah koleksi kenderaan bukan kelas marhaen yang dikaitkan dengan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN).

Keupayaan pemimpin berkenaan memiliki kenderaan-kenderaan terbabit mengundang persoalan sehingga ada yang mengaitkan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menerusi perkongsian pengguna X, @SaifulAdn dapat dilihat kereta dan motosikal berkuasa tinggi itu juga memiliki nombor pendaftaran kenderaan yang istimewa.

Semakan Harapandaily mendapati, bagi model motosikal automatik (AT) di bawah siri Honda X-ADV yang terpampang di media sosial itu, harganya bermula daripada RM 63,299.

Susulan itu,rata-rata menyindir sikap ‘zuhud’ pemimpin berkenaan malah mencadangkan penduduk di negeri yang dikuasai PN itu bersepakat membaca doa Qunut Nazilah.

Tidak kurang juga yang secara sinis berkongsikan gambar penyokong pembangkang yang umum digelar walaun hanya mampu menunggang motor kapcai sambal menjual akhbar rasmi Pas, Harakah.

BACA JUGA Nama Zulfarhan sohor kini, wajah enam pembunuh tular kembali

Â