Tular kereta parkir di laluan pejalan kaki, Hasbie mohon maaf
Senator Dewan Negara, Mohd Hasbie Muda mengakui kekhilafannya dan memohon maaf kerana meletakkan kenderaannya secara salah di laluan pejalan kaki.
Hasbie yang juga Ketua Pemuda AMANAH berkata, beliau amat menyesali kesulitan yang timbul dan bersedia dikompaun
“Saya mengambil maklum dengan isu tular sebuah kenderaan Ahli Parlimen (Dewan Negara) yang diletakkan di laluan pejalan kaki.
“Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh.
“Saya amat menyesali kesulitan yang telah timbul dan bersedia dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut,” katanya di Facebook.
Beliau juga memberi jaminan kesalahan seperti itu tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.
Petang semalam, tular sebuah kenderaan Proton X90 milik seorang wakil rakyat diletakkan di atas laluan pejalan kaki sehingga mengganggu pengguna laluan tersebut.
BACA JUGA ‘Prof’ ditahan kantoi seleweng RM270,000 duit syarikat bayar hutang, beli kereta
Â