Tak sangka besar peruntukan diluluskan kerajaan untuk kegunaan JBPM
Peruntukan sebanyak RM64.8 juta sudah diluluskan bagi pelaksanaan projek baharu fizikal kelengkapan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk perolehan baharu dan penyelenggaraan jentera serta kenderaan bomba.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, berkata peruntukan itu termasuk penambahbaikan 30 unit Fire Rescue Tender (FRT) dan penggantian 10 unit bas bomba.
“Selain itu, peruntukan berkenaan juga merangkumi kerja penyelenggaraan helikopter dan aircraft refuellent serta penyelenggaraan kenderaan bomba,” katanya lapor BH, hari ini.
Menurut Kor Ming lagi, peruntukan sebanyak RM53.8 juta juga telah diluluskan oleh kerajaan pada tahun ini.
Beliau berkata, peruntukan itu digunakan untuk projek baharu fizikal binaan yang merangkumi pembinaan baharu, naik taraf dan penyelenggaraan fasiliti kebombaan termasuk balai dan kuarters.
”Bagi projek di bawah pusingan keempat Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12), kerajaan meluluskan sebanyak RM267.6 juta menerusi perbelanjaan pembangunan (DE) kepada JBPM yang merangkumi 17 projek baharu dan 47 projek sambungan seluruh negara.
”Di Sabah pula sebanyak enam projek baharu dan sambungan sedang dilaksanakan ketika ini iaitu di Telupid, Lahad Datu, Beaufort, Pitas, Nabawan dan Merotai,” ujar beliau lagi.
Dalam perkembangan sama, Kor Ming turut memaklumkan bahawa Sabah ketika ini dilengkapi sebanyak 27 balai bomba termasuk yang baru beroperasi, BBP Putatan, menjadikan negeri ini mempunyai jumlah balai bomba terbanyak di seluruh negara.
BACA JUGA Malaysia terus aman di bawah PMX, tersenarai 10 negara paling selamat di dunia
Â