Cuaca panas, tiga penyakit ini catat peningkatan
Tiga penyakit direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) ekoran cuaca panas pada masa ini iaitu kelesuan haba, strok haba dan kejang haba.
Setakat semalam, jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 116 kes berbanding 112 kes pada 23 Julai lalu.
Daripada jumlah itu, 81 kes berpunca kelesuan haba, 27 kes strok haba dan lapan kes kejang haba.
Bilangan keseluruhan kes berkaitan cuaca panas mengikut negeri ialah 20 kes di Terengganu, Kedah (19), Johor (14), Pahang (14), Perak (11), Negeri Sembilan (10), Selangor (9), Sabah (7), Kelantan (4), Perlis (4), Kuala Lumpur (3) dan satu kes di Pulau Pinang.
Sementara itu,pecahan kes mengikut umur pula ialah 90 dewasa, 21 remaja, tiga kanak-kanak dan dua warga emas.
Tiada kes kematian baharu dilaporkan pada minggu ini menjadikan kematian akibat strok haba kekal lima kes dan hanya satu kes strok haba yang masih dalam rawatan di wad biasa Hospital Segamat, Johor.
Bagi status cuaca panas semalam, tujuh daerah mencatatkan cuaca panas tahap 1 iaitu suhu maksimum harian 35 darjah Celcius hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut, melibatkan Rompin, di Pahang serta daerah Kuching, Sri Aman, Kapit, Sibu, Marudi dan Telang Usan di Sarawak.
Bagi tempoh 30 Julai hingga 5 Ogos ini dijangkakan tahap amaran paling maksimum yang akan dikeluarkan adalah pada tahap 1 sahaja.
BACA JUGA Bapa arwah Zulfarhan rujuk peguam isu saman UPNM, tukang tilik
Â