Ajak orang boikot Himpunan Pembebasan Palestin, setepek Wan Fayhsal dibidas

Tindakan Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal menyeru orang ramai untuk memboikot Himpunan Pembebasan Palestin di Stadium Axiata hari ini, ditempelak Angkatan Muda Harapan.

Ketua Penerangannya, Ammar Atan dalam satu kenyataan melabel Ketua Pemuda Bersatu itu sebagai munafik kerana menyeru boikot hanya disebabkan perbezaan politik.

Tegas Ammar, adalah tidak wajar untuk Wan Fayhsal bersikap tertutup dan bersifat assobiyah dalam isu ini.

“Beliau seolah-olah merasakan hanya perjuangan beliau sahaja yang benar dan tindakan perjuangan pihak lain, termasuk kerajaan, adalah salah.

“Adakah ini bentuk pemikiran assobiyah atau khawarij yang beliau cuba promosikan? 

“Tidak pernah kita dengar Bersatu menganjurkan solidariti seperti ini, tetapi hanya menumpang program pihak lain,” sindirnya dalam satu kenyataan balas hari ini.

Ammar berkata, Wan Fayhsal ibarat kuman di seberang laut nampak, masalah diri sendiri tidak nampak. 

“Janganlah berhasad apabila orang lain melakukan kebaikan, tetapi sebaliknya, lakukanlah kebaikan bersama

“Ayuh bersama-sama dalam solidariti malam ini dan tinggalkan segala sengketa politik demi pembebasan Al-Quds Palestina,” ujarnya lagi.

BACA JUGA 10 pasport paling berkuasa di dunia, kedudukan Malaysia paling ramai nak tahu

Â