Padah tunjuk samseng, netizen serbu IG pemain bawa kerambit atas padang

Sejak semalam kecoh apabila pemain bola sepak amatur didakwa membawa objek tajam dipercayai kerambit ketika perselisihan perlawanan bola sepak di KLFA Football Centre.

Susulan itu dilaporkan pengguna media sosial telah pun menemui akaun media sosial Instagram pemain tersebut.

Akaun IG itu didedahkan oleh selebriti Caprice, di platform X semalam. 

Tampil dengan pendedahan akaun media sosial pemuda yang bernama Nur Iman, netizen nampaknya tidak mengambil masa yang lama untuk terus menyerangnya.

Malah hasil pemerhatian, netizen masih berkampung di akaun media sosial pemuda tersebut.

Kali terakhir akaun itu dikemaskini adalah kira-kira tiga bulan lalu pada April.

Tak kurang juga ramai yang mencabar untuk bertarung secara adil tanpa senjata kerana geram akan perbuatan pemain itu.

“Main bola ke salah pilih sukan bang? Sapa ajar bawa senjata dalam padang? Baran ye,” komen seorang penggyba IG.

“Lain kali jangan main bola lah. Kau masuk UFC je. Memang niat ke memang dah rancang nak bergaduh time tu? Siap bawa kerambit bagai macam dah tahu je ada pergaduhan,” kata individu lain.

Untuk makluman, polis kini sedang memburu individu tersebut namun belum ada perkembangan lanjut.

BACA JUGA Laporan pertukaran pegawai tertinggi PDRM: Kertas siasatan dibuka