Ini rupanya cara kerajaan bantu swasta bagi kenaikan gaji

Kerajaan mula memperlihatkan mekanismenya bagaimana gaji pekerja swasta boleh dinaikkan dalam Dasar Gaji Progresif.

Ia dijelaskan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menerusi satu videonya yang ditularkan.

Menurut Rafizi, ramai yang tidak tahu kerajaan telah menetapkan gaji permulaan yang perlu dipatuhi pihak swasta di bawah Dasar Gaji Progresif.

Katanya, mana-mana majikan yang menaikkan gaji untuk mematuhi tangga gaji, layak mendapat insentif Gaji Progresif yang perlu dibayar kepada pekerja supaya kenaikan gaji itu ditanggung pihak kerajaan.

”Untuk senarai penuh gaji permulaan di bawah Dasar Gaji Progresif, muat turun buku panduan gaji pokok permulaan dan kenaikan tahunan di gajiprogresif.gov.my.

”Kita ini selalu bising tentang gaji, tapi bila ada peluang untuk naik gaji, kadang-kadang kita tak gunakan peluang itu sepenuhnya,” katanya dalam video tersebut.

Dalam video sama, Rafizi turut menjelaskan tentang kadar gaji permulaan mengikut kelayakan di bawah Dasar Gaji Progresif berdasarkan beberapa jawatan.

Berikut merupakan antara beberapa jawatan yang disebutkan Rafizi.

  • Jurutera Mekanikal – RM3,380
  • Jurutera Awam – RM3,115
  • Akauntan dan Juru Audit – RM3,280
  • Juruteknik Kejuruteraan Awam – RM2,470

Dasar Gaji Progresif merupakan inisiatif kerajaan bertujuan untuk memastikan pemberian upah atau gaji yang adil kepada semua pekerja.

Pihak kerajaan komited untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat bagi meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti.

BACA JUGA Pingat emas Olimpik tahun ini paling mahal, ini nilai sebenar jika ditukar kepada RM

Â