Seorang menteri mungkin digugurkan, ura-ura rombakan Kabinet bertiup kembali
Seorang menteri dari PKR mungkin akan dipindahkan ke kementerian lain atau digugurkan dari Jemaah Menteri, lapor FMT memetik “sumber berpengaruh” parti itu.
Dalam masa sama, seorang menteri besar dipercayai akan mengambil jawatan menteri yang lama kedengaran sebelum rombakan Jemaah Menteri pada Disember lalu.
Sumber itu juga dilapor berkata, kemungkinan beliau dipindahkan ke peringkat Persekutuan kini lebih tinggi dengan beberapa Adun sudah mengetahui hal tersebut.
Sementara itu, sumber dari DAP pula, lapor FMT lagi, mengesahkan wujud perbincangan mengenai rombakan Jemaah Menteri yang mungkin berlaku menjelang akhir Ogos depan.
Menurut sumber tersebut juga, beberapa timbalan menteri dijangka dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.
Pada Disember tahun lalu, Jemaah Menteri dirombak dan dibesarkan daripada 29 kepada 31 Menteri dengan beberapa menteri bertukar portfolio selain menggugurkan V Sivakumar dari DAP sebagai Menteri Sumber Manusia.
Dalam rombakan itu juga, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari AMANAH kembali sebagai Menteri Kesihatan manakala Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
BACA JUGA Wan Fayhsal ‘kantoi’ tidur semasa khutbah selepas kecoh isu ISTAC