Azlan Awang jadi ‘pembakar’ Rafizi esok

Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Azlan Awang disebut akan menjadi ‘pembakar’ dalam audio siar Yang Bakar Menteri (YBM) esok.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, Azlan sebelum ini banyak mengeluarkan pandangan berkenaan isu ekonomi negara.

“Saudara Azlan juga pernah mengutarakan pendapat tentang dasar dan program ekonomi yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI seperti Dasar Gaji Progresif dan lain-lain,” katanya menerusi laman X hari ini.

Dalam masa sama, Rafizi berkata platform seperti audio siar YBM akan terus digunakanny untuk menjelaskan isu dan menjawab soalan-soalan berkenaan dasar dan hala tuju ekonomi Kerajaan MADANI.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR menjadi hos dalam audio siar Yang Bakar Menteri (YBM) yang bersiaran setiap dua minggu bermula 8 Januari lalu.

Program itu memberi peluang kepada sesiapa sahaja termasuk ahli akademik, penyokong kerajaan dan rakyat biasa, terutamanya aktivis maya pembangkang bersemuka dengannya.

BACA JUGA Dah dapat anugerah Datuk, Remy Ishak akui tak cari gelaran

Â