Jangan sentuh 3R sepanjang kempen, polis bagi amaran kepada siapa?

Bermulanya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota hari ini, polis Johor memberi amaran keras kepada semua parti supaya tidak isu sensitif berkaitan 3R iaitu agama, kaum dan raja.

Ketua Polis negeri, Datuk M Kumar, berkata pihaknya juga menasihati semua parti, penyokong dan orang ramai agar mematuhi peraturan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, termasuk polis, supaya ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Saya berharap tempoh kempen ini berlangsung dalam suasana aman dan harmoni,” katanya dalam sidang media hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan bahawa pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk banjir, pada PRK kali ini.

Untuk rekod, hanya dua parti utama sahaja bertanding merebut kerusi DUN Mahkota.

Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40, manakala Perikatan Nasional menampilkan bekas jurulatih, Mohamad Haizan Jaafar, 61.

BACA JUGA Hadi Awang nafi dakwaan Pas ada kaitan dengan GISBH

Â