Bila MCA dan DAP berpakaian sedondon

Buat pertama kalinya dalam sejarah, pemimpin MCA dan DAP berada dalam satu pentas dan yang lebih menariknya pemimpin kedua-dua parti ini berpakaian sedondon.

Itulah yang berlaku dalam majlis tarian singa di Pesta Tanglung, yang diadakan di Kluang malam tadi.

Presiden MCA, Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Kluang dari DAP, Wong Shu Qi berpakaian hampir sama corak dan warnanya.

Majlis anjuran Persatuan Memperbaiki Akhlak Che Luan Khor di Kluang itu dilihat menyatukan bekas-bekas musuh politik itu.

Ketua Pemuda MCA Johor, Ling Tiang Soon yang turut berucap malam tadi perasan dengan apa yang berlaku apabila membuat komen tentang pakaian yang dipakai oleh Presiden MCA dan Ahli Parlimen Kluang dari DAP itu.

“Shu Qi kita dan Ka Siong, saya rasa mereka pakat. Nampak mereka macam pakai couple suit,” kata Ling Tiang Soon malam tadi bergurau dengan diiringi tepukan gemuruh para hadirin, lapor Malaysiakini.

Corak dan warna pakaian Wee Ka Siong dan Cheongsan yang dipakai Wong Shu Qi hampir sama malam tadi.

Wong menyampaikan ucapan pertama dalam bahasa Mandarin dengan mengucapkan selamat merayakan pesta tanglung dan meminta orang ramai mengundi calon BN Syed Hussein Syed Abdullah.

“Undi Cina sangat penting dalam pilihan raya kecil ini. Kita sekarang berapa dalam keadaan tidak pasti menang,” katanya.

Ling pula, selepas itu menegaskan MCA dan DAP berganding bahu untuk satu tujuan supaya BN memang.

Kali terakhir pertembungan BN+Perpaduan lawan PN dalam pilihan raya negeri, MCA dan DAP tidak duduk sepentas.

Dalam pilihan raya kecil Kuala Kubu Bahru, Mei lalu, MCA tidak berkempen untuk calon DAP yang mewakili parti kerajaan.

Begitu juga dengan pilihan raya kecil Sungai Bakap yang ditandingi PKR manakala Umno di Nenggiri.

Bagaimanapun, kali ini mereka menunjukkan sikap berbeza dalam penamaan calon Sabtu lalu dan juga majlis malam tadi.

Ia dijayakan walaupun terdapat ketegangan antara pemimpin Umno Akmal Salleh dan pemimpin DAP Teresa Kok dalam isu sijil halal.

BACA JUGA Bila masa ada tahlil khas dengan PN? Anak bekas ADUN Mahkota tegur Annuar Musa