Kes GISBH: Mufti Negeri Sembilan tunggu MKI bersidang

Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan akan membuat keputusan berhubung ajaran dan isu GISB Holding (GISBH) selepas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) bersidang.

Mufti Negeri Sembilan, Prof Datuk Dr Mohd Faudzinaim Badarudin berkata, pihaknya mengambil kira fatwa yang diwartakan sebelum ini terhadap Aurad Muhammadiyah dan al- Arqam yang dilihat sudah memadai bagi maksud penyelewengan kumpulan itu.

“Setakat ini, Jawatankuasa Fatwa belum memutuskan perkara berkenaan (menfatwakan sebagai sesat).

“Lebih-lebih lagi Negeri Sembilan mempunyai fatwa yang sudah diwartakan berkaitan Aurad Muhammadiah dan Arqam yang dilihat memadai serta mencakupi penyelewengan yang terdapat di dalam GISBH, hari ini.

“Negeri Sembilan juga juga akan memutuskan apa-apa perkara berkaitan selepas MKI bersidang nanti,” katanya, lapor BH Online.

Menurutnya, Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan juga masih menunggu laporan penuh siasatan daripada Polis Diraja Malaysia Malaysia (PDRM) berserta bukti sebelum membuat keputusan mengenai kumpulan itu.

Sebelum ini, PDRM telah menyerbu dua rumah amal dan kebajikan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISBH di Nilai serta Seremban sebelum menahan empat wanita.

Polis turut melakukan serbuan di sebuah madrasah dekat Kuala Pilah yang daif dan menyelamatkan 40 kanak-kanak selain bukti penemuan mendapati pengurusan madrasah cuba menghidupkan kembali ajaran Aurad Muhammadiyah.

BACA JUGA Hadi terkejut, kakitangan Jaim yang masukkan gambar beliau dalam khutbah diambil tindakan

Â