Pesanan Iran melalui telefon bimbit rakyat Israel menggegarkan, apa pesanan itu
Serangan 180 peluru berpandu Iran pada 1 Oktober lalu yang menyasarkan pusat ketenteraan Israel di Tel Aviv menggegarkan dunia lebih-lebih lagi rakyat di negara haram itu.
Menjelang genap setahun kekejaman genosid menyembelih rakyat Palestin di Gaza, Israel berdepan dengan ancaman yang tidak terduga dari Iran.
Namun, ancaman kali ini bukan berupa ancaman keras atau demonstrasi kekuatan militer.
Sebaliknya, Iran dengan gaya yang begitu cerdik dan penuh teka-teki mengirimkan pesanan yang mengejutkan dan menakutkan rakyat Israel.
“Kalian akan dikuburkan esok hari,” tersebar pesanan yang tiba-tiba tertera pada skrin telefon bimbit rakyat Israel.
Pesanan yang dikirim kepada Israel itu dilihat bukan ancaman kosong tetapi sebahagian strategi untuk melemahkan semangat musuh sebelum serangan fizikal dilancarkan.
Susulan itu, Israel mengarahkan rakyatnya segera mencari lokasi perlindungan.
Lapor BBC, telefon semua rakyat Israel berbunyi serentak dengan amaran pada kira-kira 19:30 waktu tempatan.
Ia berbunyi: “Anda mesti memasuki kawasan yang dilindungi serta-merta dan kekal di sana sehingga diberitahu kelak.”
Mesej itu dihantar oleh Komando Depan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan diakhiri dengan frasa “arahan menyelamatkan nyawa”.
Orang ramai mula berlindung di bilik selamat ketika peluru berpandu dilancarkan ke arah Israel dari Iran.
Rakyat Israel diserkup ketakutan menyorok di ruangan kebal ketika bunyi siren bergema di wilayah yang puluhan tahun dirampas daripada Palestin.
Kelmarin, dalam aksi yang mengejutkan dunia, Iran menerusi Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan lebih 180 peluru berpandu balistik ke arah Israel.
Tersebar di media sosial beberapa sedutan video serangan bertubi-tubi peluru berpandu balistik ke kawasan Palestin yang diduduki haram oleh Israel.
IRGC dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa serangan peluru berpandu itu adalah tindak balas terhadap pembunuhan yang dilakukan oleh Zionis dan jenayah di Palestin dan Lubnan.
“Sebagai tindak balas ke atas pemergian Ismail Haniyeh, Hassan Nasrallah dan Komander IRGC Abbas Nilforushan, kami menyasarkan pusat wilayah yang diduduki,” kata IRGC dalam satu kenyataan.
BACA JUGA Ringgit berprestasi terbaik dunia hasil gandingan ‘The dream team’
Â