Kembali cuti Sabtu dan Ahad buat warga Johor lega, bagus untuk ekonomi negeri
Titah Pemangku Sultan, Tunku Mahkota Ismail supaya cuti hujung minggu diubah semula kepada Sabtu dan Ahad melegakan banyak pihak terutama bagi pasangan yang berkerja di lain sektor seperti kerajaan dan swasta.
Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, beliau melihat tindakan itu juga mampu menamatkan isu kehadiran murid di negeri ini.
Ia kerana menurutnya, terdapat statistik yang menunjukkan kehadiran murid kurang memuaskan terutama pada hari Ahad.
“Faktor itu didorong akibat cuti yang tidak selari antara ibu, bapa dan murid yang membuatkan terdapatnya ketidak hadiran ini berlaku dalam kalangan murid.
“Pihak kami berpandangan penyelarasan cuti Sabtu dan Ahad selari dgn Kerajaan Persekutuan dan juga negara-negara lain termasuk Singapura akan memberikan impak yang positif dalam pembangunan ekonomi Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru itu kata Aminolhuda yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, pihaknya menyokong titah Tunku Ismail yang mengembalikan cuti kepada Sabtu dan Ahad serta memberi kelonggaran waktu yang sesuai bagi mereka yang mahu mengerjakan Solat Jumaat ada setiap hari Jumaat.
BACA JUGA Naik 2 anak tangga, PMX kini ke 15 pemimpin Islam paling berpengaruh di dunia
Â