Rabu Hari Tanpa Gula di parlimen

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul telah mengumumkan pelaksanaan Hari Tanpa Gula pada setiap Rabu bermula pada minggu ini.

Perancangan ini akan melibatkan kakitangan dan ahli parlimen.

“Bagi menyemarak gaya hidup sihat, Hari Tanpa Gula akan dilaksanakan di Parlimen Malaysia pada setiap hari Rabu.

“Hari Tanpa Gula ini bukan sahaja akan melibatkan kakitangan Parlimen tetapi turut melibatkan ahli-ahli Parlimen juga.

“Ini selaras dengan gaya hidup sihat yang perlu diamalkan bersama,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat hari ini.

BACA JUGA: Scam: Orang termasuk syarikat, pertubuhan?

Â