‘Tunggang’ nabi dan malaikat pula, ini bukti Pas bukan parti agama
Pas mendapat kecaman banyak pihak susulan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyentuh sensitiviti Islam.
Ahli Parlimen Kubang Kerian kelmarin mempersoalkan bagaimana Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperoleh pendapatan jika beliau tidak mengambil sebarang gaji daripada jawatan yang disandang.
Tuan Ibrahim berseloroh demikian semasa mencelah ketika Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin membahaskan Belanjawan 2025.
Menurutnya, seorang rasul pun diberikan “peruntukan” oleh Allah untuk rezekinya dan keadaan Anwar dianggap “lebih daripada rasul.”
“Saya rasa Tambun (Anwar) tak boleh berselindung di sebalik kenyataan dia tak ambil gaji… sebab kalau tengok dari segi data yang ada, rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi.
“Ini nampak lebih (hebat) daripada rasul ni. Mungkin dia malaikat kut, dia tak makan gaji.
“Atau mungkin dia transfer (pindahkan) saja, dia tak ambil (secara fizikal) tapi dia online,” kata Tuan Ibrahim lagi.
Bagaimanapun, rata-rata terkejut dan mempertikai sikap pemimpin tinggi Pas yang kononnya parti Islam.
“Sebab itu kena bezakan. Pas bukan parti agama. Ia hanya parti politik semata-mata. Sebab itu ahli Pas boleh mencarut, menipu, bahkan menyebarkan fitnah macam tiada dosa pahala. Ini bukan ajaran agama Islam. Nauzubillah,” tulis pengguna X, @_passby.
Sementara itu, Muneeb berkata, Nabi dan rasul diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya dengan penuh ikhlas tanpa meminta sebarang ganjaran material daripada manusia.
“Mereka tidak diberi peruntukan berupa gaji atau upah atas usaha dakwah mereka, melainkan hanya berharap kepada ganjaran daripada Allah.
“Dalam Al-Quran, terdapat banyak ayat yang menunjukkan bahawa para nabi tidak meminta apa-apa daripada kaum mereka, melainkan murni melaksanakan amanah yang dipikul,” katanya lagi.
BACA JUGA ‘Beradablah sikit isteri orang tu’, ramai terkejut lihat perangai MP PN ini