Mesej “post-call off” yang tular tidak benar

Mesej berantai dalam sebuah poster bahawa post-call off tidak lagi diperuntukkan untuk kumpulan tertentu adalah tidak benar, kata pengurus laman Facebook Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Post-call off merujuk kepada waktu kerja doctor yang bermula pada waktu malam hingga keesokan pagi.Waktu tersebut hingga lusa ditakrifkan sebagai hari tidur.

“Untuk pemakluman, tiada keputusan sebegini telah dibuat di peringkat kementerian.

“Tiada pekeliling berkenaan hal ini pernah diedarkan,” tegasnya.

Turut dijelaskan ialah komitmen Dr Dzul untuk menjamin kebajikan, kesihatan dan kesejahteraan semua petugas kesihatan.

Ini bukan kali pertama maklumat palsu berkaitan Kementerian Kesihatan tular.

BACA JUGA: Poster papar gambar Dzulkefly palsu

Â