Sekeluarga jadi pengikut Ahmadi Religion selepas belajar dari YouTube
Pihak berkuasa ketika ini bersungguh-sungguh membendung penyebaran ajaran sesat dalam negara.
Tetapi belum pun reda kes Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) yang dikaitkan dengan ajaran Al-Arqam, muncul pula ajaran baharu iaitu Ahmadi Religion
Menurut pihak berkuasa agama, pengikut mempelajari dan terpengaruh dengan ajaran berkenaan dari YouTube.
Mereka dikatakan tidak menunaikan solat dan tidak berpuasa.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dilaporkan telah berjaya mengesan sekeluarga yang mengikuti ajaran menyimpang itu.
Hasilnya tiga beranak yang tinggal di sebuah rumah di Ampangan, dekat Seremban telah ditahan, menurut laporan Bernama.
Suspek terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia lingkungan 50 hingga 60 tahun dan anak perempuan mereka yang berumur lewat 20-an.
“Kami menemukan bukti tiga beranak ini sudah berbaiah.
“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan sudah lama tidak menunaikan solat lima waktu dan berpuasa pada Disember.
“Mereka juga terpengaruh dan belajar ajaran berkenaan menerusi media sosial terutamanya YouTube,” kata Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah.
Ahmad Zaki berkata, siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 52 dan 35 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 (Pindaan 2019).
BACA JUGA Tular audio WhatsApp ustazah di Kelantan didakwa berpolitik dalam masjid
Â