Bekas AJP NAFAS jawab tuduhan Lim Sian See

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sedang menyiasat kes pembelian baja padi melibatkan salah guna kuasa beberapa orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) .

Menjawab tuduhan akaun media sosial pengkritik kerajaan yang dikenali sebagai Lim Sian See, bekas AJP NAFAS, Syam Ghaz berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun mengesahkan pembelian baja itu berlaku pada Jun 2022.

“GM Nafas digantung sebab dia nak dedah AJP Nafas korup beli baja RM60 juta off spec berjumlah 15,000 tan daripada syarikat Singapura, ambil dari kilang Vietnam.

“LPP tengah siasat kes beli baca off spec ini sejak Jun 2022. SPRM sendiri sahkan pembelian berlaku Jun 2022, berlaku salah guna kuasa berberapa orang AJP.

“Jadi, apabila AJP NAFAS gantung GM, LPP keluarkan pekeliling keputusan AJP Nafas yang korup itu tidak sah,” katanya menurut kenyataan hari ini.

Terdahulu, “Lim Sian See” yang merupakan nama samaran bekas Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik BN, Eric See-To menganggap isu berkaitan NAFAS sebagai episod terbaharu drama parti AMANAH melibatkan institusi penting kerajaan yang menjaga petani.

Mengulas lanjut, Syam Ghaz berkata, isu yang dibangkitkan Lim Sian See tidak sah memandangkan Pengerusi NAFAS sendiri membuat laporan polis berhubung isu baja itu.

“Adakah kamu tulis sebab Datuk Zamri tu abang kepada Ismail Sabri, iaitu sama-sama dari UMNO dan sebab AJP NAFAS juga dari UMNO? Dia minta tolong ke? Sebab sekapal.

“Adakah kamu sudah tahu dan tempis serangan kepada Najib Razak yang mana pejabat Ahli Parlimen UMNO Pekan juga terima duit zakat Nafas? Dah jadi asnaf kesembilan?

“Adakah sebab tak mahu skandal di kroni Nafas masa Najib jadi PM tak mahu didedahkan kepada umum? Jadi, spin off,” kata Syam Ghaz lagi.

Semalam, Pendaftar Pertubuhan Peladang menggantung Perlembagaan NAFAS, berkuatkuasa serta merta.

Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amir Matamin selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).

Menurutnya, dalam tempoh penggantungan tersebut, jemaah pengarah dan pihak pengurusan NAFAS tidak mempunyai kuasa seperti diperuntukan dalam Perlembagaan pertubuhan itu.

BACA JUGA Projek Pisang Rakyat Haji Mohamad mendapat sambutan meriah di Padang Besar

Â