AS iktiraf kedaulatan Malaysia, jaga kepentingannya
Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan pada masa sama AS akan menjaga kepentingannya, kata Duta AS ke Malaysia Edgard D Kagan.
Katanya Malaysia mempunyai hak untuk membuat keputusan dalam hubungan diplomatik sebagaimana AS.
“AS akan mengambil langkah bersesuaian dan perlu untuk memastikan kepentingannya dilindungi,” kata beliau kepada media sempena acara US Election Day Watch.
Beliau berkata demikian susulan pendedahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau (Anwar) menolak seruan Setiausaha Negara AS Anthony Blinken agar Malaysia tidak mesra dengan Rusia.
Kagan juga yakin bahawa Washington akan mencari jalan untuk bekerjasama dengan Putrajaya meskipun timbul tekanan sebegini.
“Kedua-dua pihak faham kepentingan teras dan bagaimana ia boleh dicapai,” katanya, lapor FMT.
Ketegasan Anwar dalam perkara ini turut dipuji media asing.
BACA JUGA: Thumbs up for PM Anwar for exposing US interference
Â