Tangkap sebab nak buat ‘sticker’ WhatsApp, gelagat Mahathir jadi bahan seloroh

Gelagat Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan foto Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam program Terengganu International Summit 2024 semalam dilihat menjadi bahan seloroh di media sosial.

Ada yang berseloroh menganggap Mahathir yang juga Ketua Panel Penasihat State Government 4 (SG4) ‘makan hati’ kerana tidak dijemput merasmikan program 39 tahun Memperingati Peristiwa Memali dan Solidariti Palestin di Kedah, kelmarin.

“Nampak ayahanda Atok seperti makan hati tak dijemput merasmikan majlis…

“Makanlah hati berulam jantung….. cakpung cakpung.

“Tangkap (gambar) sebab nak buat sticker WhatsApp la tu,” demikian antara sindiran netizen.

Semalam, Mahathir dan Abdul Hadi menyampaikan ucaptama dalam Terengganu International Summit (TIS) 2024 di Duyong Marina & Resort.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu turut dihadiri tokoh dari Oman, Turki, Indonesia dan Filipina.

Pembentang TIS 2024 adalah Mufti Negeri Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron; Timbalan Mufti Oman, Syeikh Ahmad bin Saud Al-Siyabi; Penasihat Menteri Pendidikan Türkiye, Ustad Atik Agdag.

Turut jadi pembentang persidangan itu ialah Ainur Birgalin Azamatovich dari Rusia, Prof Dr Abdul M. Lantong (Filipina) dan Dr Hurriyah El Islamiy (Indonesia).

BACA JUGA Pensyarah hina Nabi Muhammad: KPT serah kepada polis

Â