Umno dihalang agih sumbangan mangsa banjir, biar nampak Pas saja beri

Tular rakaman video wakil pihak Pas menghalang pimpinan Umno akar umbi untuk mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut Wan Mahussin Wan Zain, seorang penghulu Pas yang baharu dilantik menghalang Umno berbuat demikian.

“Tak boleh hantar bantuan sebab logo.. aduh. Bantuan daripada UMNO, takkan nak letak logo Pas,” menurut kapsyen pada klip video yang dikongsinya.

Rata-rata menegaskan rezeki yang datang tidak wajar ditolak hanya kerana perbezaan fahaman politik kepartian memandangkan ramai mangsa banjir memerlukan ketika bencana banjir masih membadai.

Malah, ahli Pas juga tidak bersetuju dengan sikap penghulu lantikan kerajaan negeri itu yang menolak bantuan daripada pihak UMNO.

“Saya orang Pas tapi bagi saya pakailah logo gapo pom ada ore nok bui (orang nak beri) bantuan molek la tu,” kata seorang pengguna TikTok.

Jumlah mangsa banjir melibatkan 10 daerah di Kelantan semakin bertambah.

Tidak kurang juga berpendapat tindakan penghulu berkenaan mahu menjaga air muka ADUN dan Ahli Parlimen Kawasan terbabit daripada dikecam tidak atau lewat turun memberi bantuan.

“Kalau pakai baju PAH (Pas) buleh dop? Nampak sangat adab tak ada.

“Tak bagi salah , nak bagi salah, cakap terima kasih sudahlah. Lainlah kalau dia suruh kau masuk content dia and minta bagi ucapan puji puji politik tu. Tu memang salahlah.

“Kalau kecemasan di katil hospital, agak-agak mereka akan minta doktor Pas tak?” demikian antara kecaman dan sindiran warga maya di media sosial.

Untuk rekod, keadaan banjir di Kelantan semakin memburuk dengan jumlah mangsa bah terus menokok kepada 97,651 orang daripada 30,212 keluarga setakat jam 10 pagi ini.

Mereka berlindung di 284 PPS membabitkan 10 daerah dengan paling teruk terjejas adalah Pasir Mas dengan 29,927 mangsa diikuti Tumpat (17,705) dan Kota Bharu (14,140).

Di Pasir Puteh, mangsa banjir direkodkan seramai 10,210 orang disusuli Bachok (6,952), Kuala Krai (6,622), Machang (6,108), Tanah Merah (5,309), Jeli (660) dan Gua Musang hanya 27 mangsa banjir.

@wan.mahussin.wan.zain

Kena Halang oleh Penghulu PAS baru dilantik. Tak boleh hantar bantuan sebab logo..aduh. Bantuan daripada UMNO, takkan nak letak logo PAS

♬ bunyi asal – WAN MAHUSSIN WAN ZAIN – WAN MAHUSSIN WAN ZAIN

BACA JUGA Bencana banjir di 9 negeri makin teruk, 64 peratus mangsa dari Kelantan

Â