Sungai di Kelantan dah tiada trend menaik, beza pula di Terengganu
Semua sungai utama di Kelantan mencatatkan trend menurun dan tiada perubahan menurut data dikeluarkan di Public Info Banjir oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Tiada satu aliran sungai pun mengalami trend menaik sehingga jam 11 pagi tadi.
Walau bagaimanapun, aras air di tiga sungai utama di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat telah melebihi paras bahaya.
Sungai Golok di Kuala Jambu dekat Tumpat contohnya, naik kepada 4.2 meter (m) iaitu melebihi paras bahaya 3m.
Berbeza di Terengganu, 10 sungai utama di negeri itu sudah melebihi paras bahaya dengan trend menaik.
Sungai berkenaan adalah Sungai Besut di Jambatan Keruak, Sungai Dungin di Jambatan Jerangau, Sungai Berang di Kampung Menerong, Hulu Terengganu serta Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu.
Turut di paras bahaya dan mengalami trend menaik adalah Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Sungai Nerus di Kampung Jeram, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan dan Sungai Nerus di Kampung Jeram.
Selain itu, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Sungai Nerus di Kampung Bukit dekat Setiu, Sungai Tersat di Kampung Sekayu dekat Hulu Terengganu dan Sungai Terengganu di Muzium Terengganu.
Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu, contohnya, meningkat kepada 26.75 meter (m) iaitu melebihi paras bahaya 19.7m dengan trend menaik.
BACA JUGA Bencana banjir di 9 negeri makin teruk, 64 peratus mangsa dari Kelantan