Prabowo makan tengahari dengan Anwar hari ini, sambung pertemuan tidak jadi di Langkawi

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto telah melunaskan janji untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini selepas ia tidak berlaku di Langkawi dua minggu lalu.

PM Anwar dan Prabowo mengadakan perbincangan tertutup yang memfokuskan kepada usaha mengukuhkan hubungan dua hala di ibu negara Malaysia hari ini.

Pertemuan itu diadakan semasa majlis makan tengah hari secara tertutup yang dihoskan oleh Anwar di Rumah Tangsi, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja sehari Prabowo ke Malaysia.

Ini merupakan lawatan kerja pertama Prabowo ke Malaysia sejak memegang jawatan pada Oktober 2024.

Prabowo dijadualkan bertemu Anwar 23 Disember 2024, kira-kira dua minggu lalu di Langkawi, namun dibatalkan oleh Prabowo.

Alasan pembatalan itu telah menimbulkan sedikit masalah hubungan antara kedua-dua pihak apabila ia telah dijadikan modal serangan oleh pembangkang.

Ketika Anwar memberikan alasan Prabowo demam, pegawai kanan Prabowo pula menafikan Prabowo demam yang menyebabkan Anwar diserang pembangkang.

(Perbezaan alasan antara Anwar dan Prabowo telah dijadikan berita utama oleh CNN Indonesia)

Dalam ciapandi akaun X @anwaribrahim Anwar mengatakan, pertemuan tersebut batal karena Prabowo sakit.

“Saya dan keluarga sudah di Pulau Langkawi bagi menerima kunjungan sahabat, Presiden Prabowo Subianto hari ini. Namun, malam tadi beliau mohon menangguhkan pertemuan untuk beberapa hari karena demam,” kata Anwar.

Setiausaha Kabinet Republik Indonesia, I Mayor Teddy Indra Wijaya memberikan alasan lain mengapa Prabowo batal bertemu Anwar.

Teddy mengatakan Prabowo tak jadi bertemu Anwar bukan karena demam telah menimbulkan kekeliruan sehingga digunakan oleh pembangkang untuk menyerang Anwar.

“Prabowo Demam, atau Naratif Tidak Menjadi?” tulis ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari.

“Kelmarin, Perdana Menteri kita mendakwa bahawa pertemuan beliau dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, terpaksa dibatalkan kerana Prabowo dikatakan “demam.”

“Namun, kenyataan daripada jurucakap Presiden Indonesia dengan tegas menafikan dakwaan tersebut: Prabowo tidak demam. Penafian ini bukan sahaja mengejutkan, tetapi turut mencetuskan persoalan: adakah kita sedang menyaksikan pemimpin yang gemar mereka-reka cerita?” kata Fadhli yang mengeksploitasikan isu ini.

Hari ini, soalan Fadhli terjawab dengan pertemuan Anwar dan Prabowo di Rumah Tangsi.

BACA JUGA PM Anwar: Oooh… Pas mahu saya letak jawatan