Khatib di Perak tapi baca teks Pulau Pinang, rupanya tajuk khutbah Jumaat JAIPk pasal ini

Seorang khatib di Perak hari ini dikatakan membaca teks Khutbah Jumaat yang disediakan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Hal itu dimaklumkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim sebentar tadi.

“Seorang khatib di Parit Buntar tidak membaca teks khutbah yang dikeluarkan JAIPk (Jabatan Agama Islam Negeri Perak).

“Saya telah hubungi ustaz tersebut. Dia baca teks khutbah Pulau Pinang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semakan Harapandaily mendapati tajuk Khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAIPk ialah “Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki”.

Khutbah Jumaat di Perak turut menyenaraikan lima pengajaran daripada peristiwa al-Ifki antaranya keburukan fitnah dan pentingnya menyelidiki maklumat yang diterima serta sabar dan tawakal ketika menghadapi fitnah.

“Allah SWT menetapkan azab yang berat kepada mereka yang terlibat mencetus fitnah, juga kepada mereka yang bersubahat menyebarkan fitnah.

“Oleh itu, hendaklah berhati-hati terhadap apa yang kita ucapkan dan sebarkan dengan mengambil ingatan sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Tidak masuk syurga orang yang menyebarkan fitnah (mengadu domba). Hadis Riwayat Bukhari,” menurut teks khutbah Jumaat JAIPk.

Sementara itu, jemaah solat Jumaat di masjid-masjid di Pulau Pinang hari ini mendengar khutbah bertajuk “Muhasabah di Bulan Sya’ban”.

Susulan itu, ramai membidas sikap khatib terbabit yang enggan membaca khutbah Jumaat
mengenai keburukan fitnah itu termasuk berpendapat individu berkenaan pasti merupakan ahli “Parti Ajaran Sesat”.

“Apa yang dia (khatib) takut sangat nak baca pasal kisah fitnah, larangan fitnah, dosa fitnah? Khatib tu memang suka budaya fitnah berleluasakah?

“Kalau khatib tak mampu ikut peraturan, agak sedihlah. Jaga kesucian agama dengan ikut peraturan yang berpuluh tahun dah sedia ada,” demikian antara komentar warganet.

BACA JUGA Gempar Ahli Parlimen veteran ini ditahan atas tuduhan merogol