Pengerusi Mada ke Indonesia kaji padi 4 musim setahun

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkunjung ke Jawa Barat, Indonesia bagi mengkaji aktiviti penanaman padi empat musim setahun.

Menurutnya, kunjungan dan perbincangan teknikal tersebut bersama Dinas Pertanian Kabupaten Serang hari ini untuk melihat secara langsung petak sawah yang menggunakan varieti padi dengan tempoh matang pendek.

Ismail Salleh

“Di Pusat Penyelidikan dan Perkembangan ini, mereka telah menggunakan varieti 85 hari, penanaman padi empat musim setahun dengan potensi hasil sebanyak 12 mt/hektar.

“Dengan infra yang sederhana mereka berjaya lakukan ini semua. Kerjasama ini diharapkan akan memberi manfaat besar kepada para peladang kawasan MADA,” katanya lagi.

BACA JUGA Cemas disamun siang hari, reaksi spontan pemilik kedai runcit ini mungkin penyebab dia selamat