‘Kamu cuba nak rampas pentadbiran kerajaan, silakan tetapi tidak mudah’

Selepas mengakui empat bulan menahan sabar dengan gertakan pihak yang mahu merampas Kerajaan Perpaduan yang diterajuinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersuara garang.

Presiden PKR berkenaan menegaskan tidak goyah dengan ugutan tersebut malah secara sinis ‘mempersilakan’ tindakan yang memudaratkan demokrasi berparlimen itu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden di Kongres Nasional Khas PKR hari ini.

“Ini gelanggang saya (Kongres) Parti Keadilan Rakyat. Empat bulan saya bersabar. Saya bicara secara teratur dan bicara sebagai seorang Perdana Menteri.

“Hari ini, saya bicara sebagai seorang Presiden Keadilan (PKR), gerakan reformasi.

“Saudara mahu ugut kita dengan perhimpunan, mahu ugut (supaya) kita takut bertindak kepada orang perasuah sebab salah pilih seorang Perdana Menteri.

“Saya tak makan ugutan itu. Ada kuasa kita laksanakan. (Kalau) kamu cuba nak rampas (pentadbiran kerajaan) silakan tetapi tidak mudah.

“Kita siap dengan keris…membujur lalu melintang patah,” tegasnya lagi.

BACA JUGA Tumbangkan kerajaan: Mudaratkan demokrasi berparlimen

 

Â