Anwar tiba untuk perbentangan Belanjawan 2023

Dengan berbaju Melayu biru muda cair, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Rakyat untuk menyampaikan Belanjawan 2023 petang ini.

Beliau diapit oleh dua timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang berbaju Melayu warna biru dan Steven Sim yang berkot tanpa tali leher.

PM Anwar dijangka akan membentangkan Belanjawan 2023 buat kali kedua selepas perbentangan pada Oktober 2022 tidak sempat diluluskan setelah Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya umum ke 15.

PM Anwar memulakan ucapan Belanjawan 2023 dengan membaca surah Yusof tepat jam 4.05 petang.

Ia menceritakan tentang jangkaan ekonomi meleset dan keperluan pengurusan yang amanah untuk menghadapinya bagi mengelak ketirisan.

 

BACA JUGA Belanjawan 2023: Antara cabaran dan harapan

JUGA Belanjawan sederhana berlandaskan Malaysia Madani dijangka jadi fokus