Isu kuil perlukan pendekatan dakwah dalam masyarakat majmuk
Kontroversi yang tercetus berhubung tindakan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dalam himpunan berkaitan isu kuil berhampiran Hospital Bukit Mertajam di Pulau Pinang baru-baru ini, membuka semula perbincangan lebih besar tentang bagaimana dakwah sepatutnya dilaksanakan dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia. Isu tersebut mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat kerana ia bukan sekadar menyentuh persoalan agama, tetapi turut berkait…