Elak lesap wang yang dikumpul puluhan tahun, MCMC dedah taktik baharu scammer yang semakin licik
Wang simpanan RM250,000 yang dikumpul selama berpuluh-puluh tahun bekerja lesap sekelip mata. Itulah nasib malang seorang ibu yang baru bersara selepas terjerat dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian sehingga kehilangan wang persaraannya. Kisah menyayat hati itu dikongsikan anak mangsa menerusi Threads menggunakan akaun @Yoursecretmeme_ pada Julai lalu. Menurutnya, ibunya melakukan puluhan pemindahan wang secara berperingkat…