Bekalan makanan sempena Aidilfitri kekal stabil, kerajaan siap siaga hadapi risiko perang dan cuaca panas
Bekalan makanan sempena Aidilfitri tahun ini kekal stabil, mencukupi dan boleh diakses pada harga kompetitif hasil kerjasama bersepadu pelbagai pihak, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata, kestabilan tersebut dicapai menerusi koordinasi rapat antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), agensi…