Bersederhanalah untuk sambutan Jubli Perak – Sultan Selangor
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan agar Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan baginda dilaksanakan secara sederhana, dengan penekanan kepada keperluan berjimat cermat dalam menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar. Titah baginda, keputusan tersebut dibuat selepas berunding dengan Ahli Dewan di-Raja Selangor serta mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global yang kini memberi kesan langsung kepada…