Aktivis bantah tentera AS guna AI serang Iran, gelombang boikot cetus lonjakan kadar ‘uninstall’
Kumpulan aktivis bangkit membantah penggunaan kecerdasan buatan (AI) oleh tentera Amerika Syarikat (AS) dalam perang terhadap Iran. Mereka juga menuntut supaya ChatGPT diboikot selepas OpenAI, syarikat yang membangunkan teknologi tersebut, menjalin kerjasama dengan Jabatan Pertahanan AS. Penggunaan AI dalam operasi ketenteraan, termasuk untuk membantu memilih sasaran serangan, telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pakar dan aktivis…