Tipu pelabur lebih RM300 juta, SPRM tahan Tan Sri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan membabitkan kerugian dipercayai melebihi RM300 juta sejak dua tahun lalu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan selepas hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam. Menurutnya, individu berkenaan…