Keganasan di Kampung Sungai Baru: Polis tahan beberapa individu
Polis menahan beberapa individu susulan insiden rempuhan penduduk di Kampung Sungai Baru, hari ini. Mereka ditahan selepas rempuhan itu mengakibatkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman cedera. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kecederaan itu berpunca selepas Sulizmie dibaling objek ketika bertugas mengawal keadaan di lokasi berkenaan. Jelasnya, polis…