Video : Siapa tanggung sewa penduduk Kampung Sungai Baru? Ini penjelasan Dr Zaliha
https://youtu.be/jQuKO-CP39o
https://youtu.be/jQuKO-CP39o
Polis mendedahkan tujuh suspek yang ditahan selepas disyaki mencetuskan provokasi di Kampung Sungai Baru kelmarin dipercayai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata, seorang daripada mereka juga ketua pertubuhan itu. Beliau berkata, pihaknya masih mengenal pasti motif semua suspek terbabit yang menyaksikan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten…
Angkatan Muda HARAPAN (AMH) mengecam keras budaya politik melampau yang semakin menular, termasuk ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri oleh sebahagian penyokong Pas baru-baru ini. Ketua Penerangannya, Ammar Atan berkata, semua pihak perlu mengecam perbuatan biadab tersebut khususnya pihak Pas serta Perikatan Nasional (PN). “Walaupun dilakukan oleh penyokong, tindakan seperti ini sangat berbahaya kerana jika mereka…
Malaysia mengundi menyokong Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) berhubung Isu Palestin dan Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara. Ia tanda solidariti Malaysia bersama Palestin dan sokongan terhadap usaha menzahirkan penyelesaian dua negara yang berdasarkan persempadanan pada 1967. Resolusi itu diterima pakai dengan majoriti besar, membabitkan 142 undi daripada negara anggota PBB semalam. Menerusi Kenyataan Negara…
Aksi tiga pemimpin Pemuda Pas Pusat menunggang motosikal memasuki dewan pada muktamar sayap parti tersebut hari ini mengundang kritikan dan sindiran orang ramai. Menerusi empat foto dikongsikan Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ketua Pemuda Pas itu dilihat menunggang RXZ berwarna kuning. Ia disusuli dua motosikal lagi yang masing-masing ditunggang timbalan, Hafez Sabri serta naibnya, Hanif Jamaluddin….
Dewan Pemuda Pas Pusat menggesa parti itu membuat persiapan untuk mengetuai Perikatan Nasional (PN) serta menampilkan calon Perdana Menteri berdasarkan kekuatan politik semasa. Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Khairul Nadzir Helmi Azhar melontarkan gesaan tersebut dalam usul sempena muktamar sayap parti itu di Kompleks Pas Kedah, Alor Setar, hari ini. Menurutnya, usul tersebut menegaskan bahawa…
Sebanyak 321 kes ketidakpatuhan membayar cukai oleh individu dikesan dengan nilai mencecah RM1.75 bilion, antara 1 Januari 2024 sehingga 31 Ogos tahun ini. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut mengesan terdapat 1,033 syarikat dengan nilai cukai tertunggak sebanyak RM15.2 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM16.95 bilion. Menerusi kenyataan media hari ini, LHDN memaklumkan dapatan itu…
Kerajaan hari ini melancarkan inisiatif Jom Cari Menu Rahmah yang diharap membantu mempromosikan Menu Rahmah di seluruh negara. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata inisiatif itu juga bagi menghargai komitmen pengusaha makanan yang masih kekal menawarkan Menu Rahmah pada harga berpatutan. Beliau berkata, melalui inisiatif itu, masyarakat…
Pemaju menanggung sepenuhnya sewa kediaman majoriti penduduk Kampung Sungai Baru yang ditempatkan di penempatan sementara susulan pembangunan di kawasan berkenaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata, mereka kebanyakannya ditempatkan di Residensi Sungai Udang dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda. “Sebenarnya mereka yang bersetuju untuk berpindah dan tinggal…
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan pelancaran projek X-FAB Sarawak 40K Fab Expansion di Samajaya High-Tech Park bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Perdana Menteri berkata, projek berimpak tinggi dengan nilai pelaburan RM3 bilion itu dijangka bukan sahaja meningkatkan kapasiti pengeluaran semikonduktor negara, malah mengangkat Sarawak sebagai peneraju baharu dalam industri…