ANALISIS: PRN bakal jadi cabaran utama politik Malaysia 2023

ANALISIS: PRN bakal jadi cabaran utama politik Malaysia 2023

Tahun 2022 bakal melabuhkan tirai. Fajar baru 2023 di ufuk. Tahun baru ini penuh dengan cabaran. Umum mengetahui perihal cabaran ekonomi dunia. Selain itu, cabaran terbesar dalam negara ialah cabaran politik iaitu pilihan raya negeri (PRN). PRN melibatkan enam buah negeri di Semenanjung Malaysia bakal diadakan. Enam buah negeri tersebut ialah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau…

CyberSecurity & JPDP akan siasat kebocoran data peribadi melibatkan 3 agensi

CyberSecurity & JPDP akan siasat kebocoran data peribadi melibatkan 3 agensi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan meminta penyiasatan dijalankan oleh pihak CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi tentang kesahihan kes kebocoran data peribadi yang melibatkan dua syarikat dan satu agensi kerajaan. Ia akan diikuti oleh tindakan undang-undang yang sewajarnya. Ketiga-tiga entiti berkenaan ialah Maybank, Astro dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). “Ini satu dakwaan…

KKM siapsiaga hadapi penularan Covid-19 dari China

KKM siapsiaga hadapi penularan Covid-19 dari China

Ekoran daripada penularan kes Covid-19 di China, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa telah mengumumkan bahawa pengisytiharan Malaysia sebagai “Kawasan Tempatan Jangkitan” yang dijadualkan tamat esok telah dilanjutkan sehingga 30 Jun 2023. Tindakan ini diambil untuk memudahkan Kementerian Kesihatan menjalankan kerja pencegahan dan pengawalan penularan jangkitan Covid-19. Selain itu, empat langkah lain akan turut dilaksanakan. Pertama…

Isu pendakwah, AJK masjid: Seruan Mahiaddin tak kena pada tempatnya

Isu pendakwah, AJK masjid: Seruan Mahiaddin tak kena pada tempatnya

Seruan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar pihak berkuasa negeri tidak mengambil tindakan terhadap para pendakwah dan ahli jawatankuasa masjid tidak kena pada tempatnya. Jabatan dan majlis agama Islam di setiap negeri mempunyai fungsi tertentu dengan kedua-dua institusi tersebut berada di bawah bidang kuasa negeri dan Raja-raja Melayu. Umum juga mengetahui…

ANALISIS: “Bye bye, Zuraida Kamaruddin”

ANALISIS: “Bye bye, Zuraida Kamaruddin”

Pada 27 Disember 2022, mantan ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin bersama ahli-ahli yang sehaluan dengan beliau dipecat dari Parti Bangsa Malaysia oleh presiden parti, Larry Sng. Pemecatan ini dibuat ekoran daripada kemelut perebutan kuasa di antara Sng dan Zuraida. Ia juga berpunca dari tindakan Zuraida menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pimpinan Tan Sri Annuar Musa,…

ULASAN:Tidakkah jeritan, kata-kata ‘Unparliamentary’ menghina Dewan?

ULASAN:Tidakkah jeritan, kata-kata ‘Unparliamentary’ menghina Dewan?

Menyoroti hari pertama sesi Parlimen yang bersidang pada 19 Disember, rakyat Malaysia dipertontonkan sikap buruk Ahli-Ahli Parlimen yang menjerit dan mengilai sesama mereka. Yang lebih mendukacitakan ialah ia dimulakan oleh Ahli Parlimen yang berpengalaman seperti Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau-PN) dan kemudiannya disambut oleh Datuk Awang Solahudin (Pendang-PN) dan Sany Hamzan (Hulu-Langat-PH). Shahidan bukannya orang…

Menang undi percaya petanda positif PM Anwar diterima semua pihak

Menang undi percaya petanda positif PM Anwar diterima semua pihak

Rata-rata golongan akademik menyifatkan usul undi percaya kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang lulus semalam sebagai perkembangan positif untuk negara dan rakyat Malaysia. Bagi pensyarah UTM, Dr Mazlan Ali, usul yang diluluskan itu adalah petanda keyakinan anggota blok kerajaan walaupun mereka pernah bermusuhan secara politik sebelum ini. “Ini petanda keyakinan anggota kerajaan walaupun…