Lain macam…jualan di 9 stesen minyak di sempadan Kelantan jatuh mendadak lepas diawasi KPDN
Sembilan stesen minyak di kawasan berhampiran sempadan Kelantan merekodkan penurunan jualan secara mendadak, walaupun sebelum ini merekodkan antara jualan tertinggi yang berkemungkinan berkait dengan isu penyelewengan petrol dan diesel. Perubahan ini dikesan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selepas agensi penguatkuasa itu meletakkan pegawai-pegawainya di sembilan stesen berkenaan untuk pemerhatian. Ketua…