Begitu mudah Pas bermain fitnah

Adun Pengkalan Kundor Datuk Ismail Salleh dari AMANAH mengkritik Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria ekoran dari permohonan maaf Razman kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mahukan semua pihak berfikir sejenak sebelum membuat fitnah terhadap orang lain.

“Dahsyat dahsyat dahsyat… bagaimana pemimpin Pas yang kalah saman berkali-kali, yang melakukan fitnah semasa pilihan raya baru-baru ini kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Anwar kalau menang pilihan raya akan membawa agenda LGBT ke dalam negara ini.

“Bagaimana fitnah ini telah merosakkan ramai orang Islam, masuk dalam jiwa orang Melayu? Bagaimana contoh pemimpin Pas senangnya main dengan fitnah?

Ismail berkata demikian sebagai reaksi kepada permohonan maaf tanpa syarat Razman kepada Anwar di Mahkamah Tinggi Taiping hari ini melalui laman video pendek, TikTok.

“Beliau pun tahu ini fitnah tapi demi untuk mendapat undi, demi sokongan orang Islam maka beliau sanggup melakukan fitnah sesama Islam, kepada Anwar. Hari ini beliau meminta maaf kepada Anwar Ibrahim.
“Senangnya main dengan fitnah. Inilah tingkah laku pemimpin Pas. Sama-sama kita fikirkan.”

Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas Perak merangkap Adun Gunung Semanggol yang memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Siti Aishah Sheikh Ismail pula mengingatkan bahawa tindakan Anwar yang sanggup memaafkan lawan itu adalah bukti Anwar bukan seorang diktator.

“Segala kata yang dilafazkan oleh pemimpin ulama kononnya, parti agama kononnya, Razman Zakaria terbukti fitnah dan sangkaan jahat semata-mata.

“Pada semua di luar sana ini harus dijadikan pengajaran. Anwar Ibrahim bukan diktator atau ambil apa saja tindakan pada orang yang dia tidak suka tapi menuduh dengan niat jahat, menuduh dengan salah harus diambil tindakan tegas.”

Beliau turut menyeru semua pihak yang memfitnah agar meminta maaf secara terbuka.

Jadi kepada semua yang menjadi sebahagian fitnah, yang berkongsi fitnah, yang mainkan fitnah, anda juga harus mohon maaf kepada individu-individu tersebut.

BACA JUGA: Ketua PAS Perak, Razman Zakaria mohon maaf kepada Anwar

Razman Zakaria penakut