PN: Pengerusi tanpa prestasi, presiden tanpa arah, jeneral tanpa bala tentera
Pelantikan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dikatakan sebagai fasa penstrukturan semula. Namun semakin banyak kenyataan dikeluarkan, semakin jelas bahawa ia lebih mirip langkah kecemasan daripada strategi kebangkitan. Apabila Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sendiri menegaskan bahawa tiada perbincangan mengenai calon Perdana Menteri atau “poster boy”, mesejnya bukan menenangkan — tetapi…