MB Perak tegur ADUN Pas jangan bawa fitnah dalam Dewan
Sidang DUN Perak agak ‘panas’ apabila Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad menegur keras ADUN Kenering dari Pas, Mohamad Husairi Ariffin kerana didakwa membawa dakwaan tidak tepat berhubung projek pembangunan di Kampung Tawai. Saarani berkata, dakwaan bahawa peruntukan RM50 juta untuk membangunkan Kampung Tawai, Gerik telah dibatalkan kerana dibantah Ahli Parlimen Lenggong adalah tidak benar…