Selepas kalah teruk PRN, Bersatu Sabah mahu Presiden berundur
Kekalahan teruk Bersatu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 baru-baru ini adalah disebabkan kelemahan Presiden parti itu, Tan Sri Mahiaddin Yassin, kata Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Yunus Nurdin. Menurutnya, jentera Bersatu Sabah berdepan pelbagai pergolakan dalaman ketika melakukan persiapan rapi untuk menghadapi PRN itu, termasuk pemimpin bahagian dan ahli diambil tindakan malah dipecat…