RM11 bilion laksana BUDI95 lindungi kesejahteraan rakyat
Kira-kira RM11 bilion diperuntukkan untuk menampung perbezaan antara harga bersubsidi RM1.99 seliter dan harga pam tanpa subsidi sekitar RM2.60 seliter di bawah inisiatif subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bagi melindungi kesejahteraan rakyat. Menerusi kenyataan hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) berkata, kerajaan MADANI mengunjurkan BUDI95 akan menjana penjimatan antara RM2.5 bilion dan RM4 bilion setahun…