Hentikan perbalahan Umno-DAP, kata Pemuda Amanah
Perbalahan Umno – DAP perlu dihentikan kerana ia tidak bermanfaat kepada negara, kata timbalan ketua pemuda AMANAH Pulau Pinang, Hamdi Md Noor. “Perbalahan DAP dan Umno berkait keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beberapa hari lepas berhubung titah adendum wajar dihentikan. Sebagai negara hukum, setiap pihak perlu menghormati keputusan mahkamah walaupun keputusannya tidak mungkin tidak memuaskan…